Latar Belakang Penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Semasa mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara mewarisi sistem persekolahan yang terpisah mengikut kumpulan etnik yang berbeza. Pada masa itu, sebilangan kecil murid sahaja mengikuti pendidikan di institusi pendidikan elit, manakala sebahagian besar yang lain langsung tidak pernah mengikuti sebarang
pendidikan formal. Situasi ini membawa kepada kadar literasi yang rendah, iaitu hampir 52%, dalam
kalangan orang dewasa. Sebagai sebuah negara berdaulat yang baharu, cabaran utama Kerajaan adalah memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan serta menyatupadukan rakyat
pelbagai kaum ke arah membina sebuah negara maju. Bagi memenuhi tujuan tersebut, Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) telah disediakan. Laporan ini bermatlamat mewujudkan satu visi yang berani bagi mencorakkan sistem pendidikan yang baharu. Cadangan kukuh yang dikemukakan kemudiannya dijadikan asas penggubalan akta pendidikan yang pertama, iaitu Akta Pelajaran 1961. Laporan Jemaah Menteri (kini dikenali sebagai Jawatankuasa Jemaah Menteri 1979) merupakan satu lagi langkah besar yang memberi penekanan terhadap usaha membangunkan masyarakat Malaysia yang bersedia
menghadapi masa depan. Laporan ini memberi gambaran yang holistik tentang pendidikan yang bermatlamat
melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Ekoran Laporan Jemaah Menteri (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (kini dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah atau KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah digubal dan dilaksanakan. Seterusnya,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1988) dibentuk dan Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan dinamakan Akta Pendidikan 1996. Melalui perubahan ini, pencapaian akses, kualiti dan ekuiti berdasarkan keberhasilan murid, perpaduan dalam kalangan murid, disokong oleh sistem penyampaian yang cekap dan
berkesan masih menjadi tonggak sistem pendidikan. Maklumat lanjut tentang dasar dan laporan pendidikan boleh didapati dalam Lampiran 1. Berdasarkan beberapa pengukuran, Malaysia jelas berjaya mencapai pelbagai kejayaan dalam tempoh 50 tahun yang lepas. Kadar literasi bagi dewasa pada tahun 2012 untuk populasi berumur 15 tahun dan ke atas ialah 92%. Enrolmen pada peringkat rendah dan menengah rendah hampir mencapai tahap sejagat, dan bagi menengah atas kadar
enrolmen ialah 80%. Lebih kurang dua per tiga daripada jumlah murid meneruskan pengajian pada peringkat pascamenengah atau mengikuti pelbagai latihan yang disediakan pada peringkat matrikulasi, prauniversiti dan vokasional. Sistem pendidikan negara juga tekal dalam melahirkan murid dan sekolah yang terbaik,
setanding dengan peringkat antarabangsa. Hal ini terbukti bukan sahaja dalam bilangan murid yang berjaya memasuki universiti terkemuka di luar negara, tetapi juga jumlah anugerah yang diterima oleh sekolah dan murid pada peringkat antarabangsa. Ekshibit 1-1 menunjukkan beberapa kejayaan terkini yang diperoleh dalam pertandingan berbentuk akademik atau bukan akademik.Terkini, melalui jalinan kerjasama antara Kementerian dengan pelbagai agensi, peningkatan yang signifikan dapat dilihat dalam enrolmen prasekolah, iaitu daripada 67% pada tahun 2009 kepada 77% dalam tempoh hanya dua tahun. Peratus kadar literasi murid
Tahun 1 meningkat daripada 87 % pada tahun 2010 kepada 95% setelah tamat Tahun 2 pada tahun 2011. Dalam masa yang sama, peratus pencapaian numerasi murid Tahun 1 juga telah meningkat daripada 87% pada tahun 2010 kepada 97% setelah tamat Tahun 2 pada tahun 2011. Peningkatan dalam pencapaian literasi dan numerasi menunjukkan bahawa kejayaan besar dan pantas dalam pendidikan mampu dicapai.Bagi mencapai keberhasilan yang dihasratkan dari segi akses, ekuiti dan kualiti, Kerajaan secara tekal menyalurkan sumber yang besar ke arah membangunkan sistem pendidikan. Seawal tahun 1980, perbelanjaan Malaysia untuk pendidikan rendah dan menengah dalam peratus KDNK adalah yang tertinggi di Asia Timur. Pada tahun 2011, peratus KDNK bagi pendidikan Malaysia adalah lebih tinggi daripada purata OECD, iaitu 3.8% berbanding 3.4%. Komitmen melabur untuk kecemerlangan pendidikan inilah yang menjadi asas kejayaan sistem pendidikan dan juga negara.